Facebook
RSS

Ayam, ayam panas seedaaap..

"Ayam, ayam panas seedaaap..
Ayam, ayam panas seedaaap.."

Teringat tagline yang dipersembahkan oleh kumpulan 'Ayam Je..' ketika slot team building di Mahallah Training Camp 2011 (MaTra 11) di Pulau Pangkor 5-7 Oktober lepas. Semua peserta dan committee geli hati. Lucu. Sebenarnya, itu ialah trademark peniaga pasar malam di Jalan Universiti bersebelahan kampus kami. Famous. Memang sedap la ayam goreng yang dijual. Harga dalam RM 1 hingga RM 2 saja-bukan nak promote tapi,,memang sedap! Nyum2>.<"
(roommate: eleh,baru sekali try dah nak bising..apa da..:peluh:)
(JT: haisy,syyhhh...diam sudaa..:bersiul:)


nampak happy incik ayam ne..
(pic sebelum dirempahkan)

Tapi..dalam entry kali ni aku bukanlah nak cerita tentang MaTra 11 ataupun ayam goreng berempah tu..uhhuk~

Sesedap ayam goreng berempah yang enak dinikmati panas-panas, macam tu lah entry aku kali ni.

Bajet 2012!
(JT: huh! xdak kena mengena langsung dgn tajuk post..hg ne..)

Aku bukanlah seorang pakar ekonomi untuk membuat ulasan mengenai Bajet 2012 ini. Aku tak punya ilmu dalam bidang itu. Aku bukanlah seorang politikus untuk bercakap mengenai realistik ataupun tak bajet ini. Aku tak reti dalam bab itu. Dan aku juga bukanlah seorang kanak-kanak yang menerima gula-gula sepuluh sen dapat 2 biji. Tapi kalau bagi Cadburry, aku sapu..Ha Ha Ha..

Suka untuk aku mengambil ulasan mengenai Bajet 2012 ini daripada seorang pimpinan mahasiswa, Akh Ahmad Syazwan, Presiden GAMIS sekarang. Ulasan ini dipetik daripada blog beliau sendiri,Secangkir Haruman Kasturi. Selamat menilai~

*****

BAJET 2012 : ‘Hadiah’ Mahasiswa?



Bajet 2012 dengan jumlah RM232.8 bilion diumumkan oleh Memanda Perdana Menteri dengan gembira sekali. Sungguhnya rakyat memang menunggu pengumuman ini seolah sama dengan pengisytiharan pembahagian harta pusaka, masing-masing akan tanya berapa bahagian yang kamu dapat. Defesit kali yang ke-15 merupakan suatu keadaan yang kurang sihat kepada ekonomi sedangkan perlunya komitmen kerajaan untuk mengurangkan hutang Negara yang makin meningkat saban tahun.

Pendapatan Negara sebahagiannya disumbangkan oleh pelaburan asing FDI yang mencatat sejumlah RM 21.2 billion bagi enam bulan pertama tahun ini. Perlu diingatkan juga bahawa FDI ini disumbangkan oleh negeri Selangor dan Pulau Pinang lebih dari 70% daripada keseluruhannya. Hal ini bermaksud penumpuan pembangunan negeri lain seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Sabah dan Serawak akan terus terpinggir jika tidak ada inisiatif yang serius bagi membantu negeri berkenaan.

Sebagai mahasiswa yang memahami konsep bernegara, maka kita menerima bajet yang dibentangkan secara rasional. Masa yang ada sekarang ialah proses membahaskan bajet yang diumumkan hinggalah ia diluluskan oleh suara majoriti ahli dewan rakyat kelak.

Mesra Rakyat @ Pengundi?

Belanja dalam setiap bajet dibahagikan kepada dua iaitu Perbelanjaan Operasi (RM181.6 bilion) dan Perbelanjaan Pembangunan (RM51.2 bilion). Belanja operasi hanya bersifat ‘one-off consumption’ dan tidak mempunyai kesan secara lansung pada masa hadapan dan inilah dilihat sebagai modal politik yang dijangkan digunakan untuk PRU-13 akan datang.

Perbelanjaan operasi juga melibatkan emolumen kakitangan awam yang diumumkan bakal menerima kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320. Kenaikan ini mungkin mengembirakan para penjawat awam buat sementara waktu, sedang dihadapan nanti mereka bakal berlawan dengan inflasi yang bakal memiskinkan mereka semula. Jika ingin mencari penyelesaian, perlu dilihat pada pendapatan boleh guna rakyat.

Walau jumlah pendapatan yang tinggi, namun di sana mereka masih dibebankan dengan hutang, maka kenaikan gaji hanyalah gula-gula yang boleh menghentikan seorang kanak-kanak dari terus menangis buat seketika. Kita berhadapan dengan masalah hutang isi rumah yang menakutkan hingga seramai 64 orang setiap hari diisytihar muflis di Malaysia.

Kenaikan gaji dan bonus setengah bulan kepada penjawat awam tidak akan menyelesaikan masalah akar yang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam berhadapan dengan kenaikan harga barang. Perkara pokok yang mesti diselesaikan ialah berkaitan dengan soal kawalan harga barangan dan dasar persaingan harga yang boleh menghalang monopoli dan menekan rakyat bawahan. Apa yang dibuat ini hanyalah seolah memotong lalang ditepi rumah yang hanya boleh mencantikkan pemandangan buat seketika, sedang lalang itu pasti akan tumbuh kembali jika tidak dicabut akarnya.

Mesra Mahasiswa

Seramai 1 juta mahasiswa di Malaysia menunggu dengan penuh harapan akan hadiah yang akan diberikan pada bajet pada kali ini. Akhirnya diumumkan baucer RM200 untuk membeli buku kepada semua mahasiswa IPT, Matrikulasi dan Tingkatan 6. Kita boleh ucapkan terima kasih atas duit raya ini, namum sekali lagi ianya bukan dan tidak menyelesaikan masalah utama mahasiswa.

Dengan duit RM200 hanya boleh digunakan untuk membeli tidak lebih dari 5 buah buku akademik, sedangkan masalah yang lebih besar dihadapi mahasiswa ialah kenaikan yuran pengajian yang mendadak. Setiap tahun akan berlaku kenaikan yuran akibat universiti tidak mampu menanggung kos pengurusan yang makin tinggi apatah lagi sebuah universiti yang berstatus universiti penyelidikan yang memerlukan sejumlah RM200juta setiap tahun bagi tujuan berkenaan. Maka mahasiswa juga yang menjadi mangsa.

Sepatutnya kerajaan harus mencari mekanisma untuk mengurangkan yuran berkenaan disamping boleh memberikan pinjaman pengajian yang lebih fleksibel dengan kos sara hidup mahasiswa dan lokasi pengajian. Cadangan supaya pinjaman PTPTN diberikan mengikut zon dan wilayah perlu dikaji kerana ialah dapat menyelesaikan masalah lokaliti sara hidup mahasiswa.

Pengumuman yang turut mengembirakan kakitangan awam juga ialah umur persaraan wajib diubah dari 58 tahun kepada 60 tahun. Sekali lagi berita ini menyedihkan mahasiswa. Peluang pekerjaan yang semakin terhimpit dan sukar, disana pula dilanjutkan lagi penjawatan awam yang akan menyebabkan pengangguran graduan bakal bertambah. Jika ada 20000 penjawat awam yang perlu bersara pada tahun ini dan dilanjutkan lagi untuk dua tahun, maka lebih 40000 graduan yang bakal terlepas peluang kerja berkenaan. Pengangguran makin meningkat, masalah sosial juga turut bertambah.

( mungkin suasana ini akan berlaku dipejabat awam nanti….:-) )

Perkara yang perlu dipertikaikan juga ialah bagaimana soal kecakapan mengurus kerajaan khususnya dalam sektor awam. Melihat kepada jumlah peningkatan kakitangan awam di Negara ini menunjukkan bahawa ketidakcekapan semakin terserlah berbanding dengan Negara membangun yang lain. Setiap 10 orang rakyat Malaysia yang bekerja, seorang daripadanya ialah penjawat awam. Ketidakcekapan ini akan menyebabkan wang Negara dibelanjakan pada sektor yang tidak produktif.



Maklumat diatas adalah peratusan kakitangan awam dengan guna tenaga yang ada dalam negara. Lihat data yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara yang jelas sekali cara Malaysia mengurangkan kadar pengangguran dengan mencipta peluang kerja yang sudah ada kakitangan awam yang boleh melaksanakan tugas yang sama. Persoalan ini adalah berkaitan duit rakyat dibazirkan pada sektor yang tidak mengembangkan kek ekonomi Negara.

Pada tahun 2000 jumlah kakitangan awam adalah 894 788 orang dan bertambah kepada 1.2juta masakini. Hal ini agak mengejutkan kerana pertambahan ini akan menunjukkan ketidakberkesanan kerajaan dalam menyelesaikan masalah pekerjaan rakyat. Sepatutnya kemajuan dan kepesatan teknologi dapat mengurangkan penjawat awam supaya produktiviti meningkat, tetapi sebaliknya berlaku di Malaysia.

Peruntukan ada perlu disalurkan untuk membuka peluang kepada graduan dan mahasiswa mencipta ruang dalam bidang perniagaan dan galakan keusahawanan.

Secara ringkasnya bajet 2012 tidak mesra mahasiswa kerana tidak ada penumpuan khusus untuk menyelesaikan masalah akar yang dihadapi mahasiswa umumnya. Perkara berkenaan belum lagi diambil kira soal kebajikan mahasiswa di luar negara yang terpaksa berkelana dan mencari sumber rezeki sendiri bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka. Perlu diingat bahawa mahasiswa yang belajar diluar Negara bukannya datang dari keluarga menteri dan kerabat, tetapi kebanyakannya adalah rakyat biasa dan sangat memerlukan bantuan dan ihsan dari sebuah kerajaan.

Sekadar pandangan :

Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
Fakulti Ekonomi Pentadbiran UM
Presiden GAMIS

*****

Dah habis baca? Mesti dah habis kan.. kalau tak lagi, takkan boleh scroll sampai bawah ni..huhu..Tapi ada juga yang sengaja skip ka? Alahai cik abang..Alahai kak..cik adik..ruginya..ok2..scroll atas balik..baca la sikit ulasan Bro Syazwan ni..rugi woo tak baca..ada kartun lagi..huhu..ok,baca balik k..yang dah baca, teruskan ke bawah ea =)

Dah baca? Ahaa..thx.. =) Macam ni la bro/sis..steady.. <-- (Kempen Baca Media Alternatif)

Ok. Pada pandanganku, cukup cantik pandang sisi Akh Syazwan dalam mengulas isu ini. Beliau melihat daripada perspektif seorang mahasiswa. Perspektif yang kritikal dan dari dalam lubuk hati seorang mahasiswa. Ingin aku memetik kata-kata Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, "Mahasiswa mahu suaranya didengari dan diiktiraf."

Ya, benar.
Dan ketahuilah, aku seorang mahasiswa.

Akh Syazwan mengulas isu ini daripada sudut pandangnya yang tersendiri-yang aku percaya ada yang setuju dan ada yang sebaliknya. Aku lebih cenderung kepadanya.

Kami, mahasiswa mahu masalah kami diselesaikan dari akar umbi. Masalah dalam menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan ketika setiap kali suara mahasiswa bangun berdiri.

Persoalan yang banyak berkisar mengenai kenaikan yuran pengajian. Bagaimana mereka yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini?

Persoalan mengenai lanjutan umur wajib persaraan penjawat awam dari 58 ke 60 tahun yang boleh menutup peluang pekerjaan dan membuka ruang pengangguran kepada mereka yang bergelar 'mantan mahasiswa'. Bagaimana hal ini mampu meningkatkan pencapaian negara dalam skop yang lebih besar?

Kita tidak boleh memandang perkara ini dengan terlalu simplistik!

Teringat kata-kata abahku ketika ditanya mengenai bersara pada usia 60 tahun. "Huh. Pi sekolah bawak tongkat la macam tu.."jawab abah spontan. Ha.. Ha.. Ha..

Suka untuk aku memetik satu perenggan daripada blog Berita Semasa: Wadah Untuk Rakyat dalam ulasannya mengenai Bajet 2012.

Dan kalau ada yang tanya aku mengenai 'hadiah mahasiswa' ini, kemungkinan satu hari nanti aku akan menjawab, "Nak beli ayam goreng panas berempah pun takdak duit abang oi.." Ha.. Ha.. Ha..

Happy lagi ke incik2 ayam sekalian??



[ Read More ]

XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011


"Perjuangan itu sama besarnya dengan perjuangan yang telah kita pusakai dari datuk nenek kita menentang penjajahan semenjak kejatuhan Empayar Melaka dulu. Dan sudah barang tentu perjuangan yang sebesar itu menghendaki tenaga yang sebulat-bulatnya dari seluruh rakyat negeri ini, menghendaki pengorbanan yang rela dan jujur dari segenap golongan progresif dalam masyarakat."
(Dr Burhanudin Al Helmi)

Setiap orang ada cara tersendiri ketika menyambut Hari Kebangsaan baru-baru ini. Ada yang memasang bendera-bendera di rumah, kereta dan kelas pengajian. Ada juga yang sehari semalam asyik mendengar lagu-lagu patriotik. Aku tak kata itu salah. Bagus! Mereka ada semangat. Mereka ada usaha. Semangat dan usaha itu aku kira mampu merobohkan tembok Yahudi di Baitul Maqdis jika digemblengkan dan pada cara yang betul-pasti!

Namun, aku ada cara tersendiri=)


Apa khabar adik..buat apa malam-malam ni?

Aku terpanggil untuk turut serta dalam XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011 anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) malam Jumaat yang lalu. Malam Jumaat? Kah Kah Kah.. Ni bukan cerita tahyul macam TV kita selalu tayang tu la.. Tapi,,,

Aku agak lewat daripada sahabat-sahabat yang lain, kira-kira pukul 11.50 malam baru aku sampai di Masjid As-Syakiriin, KLCC sedangkan mereka sudah lama berkumpul sejak pukul 9.00 malam. Aku terpaksa mengaulakan(mengutamakan) kelas Matematik ku pada malam tersebut. Sir Izzudin pula seronok mengajar Matrices sampai tak sedar hampir 3 jam kami bermain dengan nombor-nombor >.<"

"Ai,tak turun KLCC pun dah pening ni..hehe"usik Adam kepadaku. Ha Ha Ha.. Adam betul. Memang aku dah 'pening'.

Semangatku tak mudah patah. Sir Izzudin sudi menghantarku ke stesen LRT Asia Jaya. Jasa Sir time perjalanan : tolong hantar+suntik semangat+bagi motivasi+sampai nasihat(macam lebih kurang ja..nvmnd)+hilangkan pening! hahaha Thank you Sir,, *hug*
JT: STOP! Off Topic nie!!! *OT*

Aku yang masih 'pening' dengan Matrices..

*****

Ok.. Sebenarnya aku nak share pengalaman aku 'berdakwah' malam tu. Kami tak buat serbuan, tapi kami berkomunikasi. Aku tabik modus operandi ni. Tabik spriinggg... Kami telah dibahagikan kepada lebih kurang 25 kumpulan, masing-masing dalam 7-9 orang ahli dan kami bergerak secara kolektif..

Kisah 1: Aku menghampiri dua orang remaja yang aku rasa mereka obses dengan DSLR. Cantik. Aku dah jumpa titik persamaan kami!
(Bro 1 memakai seluar pendek)
Tips 1: Apabila berjumpa mad'u, hendaklah anda mencari titik persamaan antara anda dan mereka.

Aku: Assalamualaikum bro..apa khabar?(muka slumber+senyuman menawan=) )
Bro 1&2: Waalaikumussalam..baik..sihat..
Tips 2: Apabila berjumpa mad'u, hendaklah anda BERI SALAM dan SENYUM.

Aku menyuakan tangan tanda ingin bersalaman. Kami bertautan tangan dan mata.
Tips 3: Apabila berjumpa mad'u, hendaklah anda BERSALAMAN.

Aku: Sorry ganggu..Tangkap gambar ea? Boleh saya join sekali?
Bro 1: Oh,boleh2..
Aku: Sempat tangkap gambar bunga api tadi? Cantik kan?
Bro 2: Tak sempat la abang..
Bro 1: Frust juga la kami..tak sempat tangkap..kita orang baik punya shot kt menara tu, ingat nak explode kat sana..tup tup diorang pasang sebelah sana..mana sempat abang..
Aku: (GuLp! Rilex2..) Ouh, ya ka..itulah..saya pun ingat nak pasang dekat menara tu kan..tak apa2..(berlagak seperti 'abg')

(Selepas beberapa minit bersembang tentang kamera dan keindahan ciptaan Tuhan,universiti dan konsep tawakal dalam study..)
Tips 4: Apabila berjumpa mad'u, sebaiknya carilah PELUANG untuk menyebarkan kefahaman Islam.

Bro 1: Eh, you macam mana boleh join program komunikasi ni? Baik program ni..boleh cegah itu couple2 punya org..bagus2..(dalam loghat Sabahnya)
Aku: Ouh, dari Facebook..saya pun boring..tak tahu nak buat apa,esok pun cuti kan..jadi saya pun join la..hehe
Bro 2: (mengangguk)
Aku: Em,nanti rasanya malam New Year ada juga kot program macam ni..jom la join sekali..best..
Bro 1: Eh, tak apa lah..saya buka Islam,tapi BAKAL SAUDARA BARU~~
Aku: (tergamam) O_o

"Subhanallah..aku terharu+terkedu. Aku hanya mampu mengukir senyuman."

Bro 1: Yea..sekarang ni pun saya sedang rapat dan kawan dengan kawan Islam..saya nak kenal Islam..
Bro 2: Yup, dia kawan baik saya. Rapat. Eh,kami balik dulu ya..

Kami bersalaman sekali lagi dan aku memeluk mereka sebagai tanda ukhwah. Aku sempat membisikkan ke telinga Bro 2 supaya sentiasa membantu dan rapat dengan Bro 1.
Tips 5: Apabila berjumpa mad'u, sebaiknya hendaklah anda PELUK dan USAP mereka ketika ingin berpisah.

Ingin aku menghadiahkan apa-apa buku yang menceritakan Islam itu indah kepada mereka, tapi malangnya, tiada ketika itu. Aku masih terpegun dengan Bro 1. Aku sangka dia seorang muslim, fasih ketika menjawab salamku pada mulanya. Hakikatnya, dia seorang Kristian dan sangat berminat tentang Islam.

Aku malu.

Betapa ramai muslim yang masih tak berminat tentang Islam?
Betapa ramai yang tak mengamalkan Islam dalam hidup?
Lebih malang, betapa ramai yang tak tahu apa itu Islam?
Sedangkan mereka itu muslim..

Muhasabah buat kita, muslim warisan..

Aku tertarik dengan semangat ingin tahu tentang Islam oleh pemuda Kristian itu sebenarnya. Semoga Allah membukakan pintu hidayah kepadanya. Ameen..

Cukuplah satu kisah dakwah ini daripada beberapa golongan yang group aku temui dalam masa satu jam. Antara lain yang kami temui: sebuah keluarga, couple, anak-anak muda yang bermotosikal, pekerja Show Malam Merdeka

Sesungguhnya dakwah ini juga medan terbaik buatku untuk koreksi diri ini..
"Sampaikan olehmu daripadaku walau sepotong ayat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Semoga Engkau sentiasa limpahkan hidayah kepada kami Ya Allah!
Semangat berdakwah..TAKBIR..


Muslimat turut serta..siapa cakap muslimat tak power??

Menunggu arahan..

Inilah generasi pewaris kita..

Credit to GAMIS


[ Read More ]

:: Teruskan Perjuangan ::

"..supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
(Al-Mujadilah:11)

:: Teruskan Perjuangan ::
[Dedikasi Khas Buat Along]



[ Read More ]

Tua, Muda, dan Garam..

"Tahu macam mana orang Kafir 'serang' orang Islam?"soal Pak Supian yang lebih kurang 4 dekad lebih tua daripadaku.

Aku terkelu.

Jam Q&Qku baru menunjukkan pukul 6.58 pagi. Pagi-pagi lepas Subuh macam ni dah kena soalan 'berat'. Fuh! Hebat juga Pak Guard CFS ni.

Takkan aku perlu bercakap soal kristianisasi dengan Pak Supian? Atau soal Freemason? Atau Illuminati.. Aku memilih pendekatan menggelengkan kepala tanda tak mahu memberikan jawapan(bukan tak tahu). Aku mahu mendengar jawapan daripada kaum emas sepertinya. Pasti jawapannya bernilai emas!

"Diorang guna Sistem Garam-masuk sikit-sikit ke dalam gelas,lama-lama masin. Kita bukannya sedar!" Nah! Itulah kehebatan mereka-kaum yang merasai garam terlebih dahulu daripada kita, gemar memberi kaitan dengan alam sekeliling. Indah.

Siap guna bulldozer nak masukkan garam! Awas!

Dalam kagum akan Pak Supian, sebenarnya aku amat malu akan diriku dan prestasi anak muda sekarang. Mana taknya, Pak Supian sempat meluahkan rasa kesalnya terhadap adab remaja sekarang. Pelbagai tindak-tanduk remaja beliau kemukakan, sekaligus, aku juga sebagai seorang remaja merasakan tempiasnya!

"Sebelum diorang berlakon nak fly ke, tipu ke, apa ke, pak cik dah tahu dah. Semua skrip budak-budak tu pak cik dah ada. Ni, simpan dalam poket ni."Seloroh Pak Supian sebelum kami menamatkan perbualan. Aku sedar, dalam maksudnya.

Anak muda, janganlah minta garam berlebihan - nanti darah tinggi!

Berbual dengan Pak Supian membuatkan kuterlupa resah semalam-kuiz Math I! Ouh, aku ada kuiz 3 Math I hari ni,pukul 11 pagi. Got to go, need to revise somes~

JalanTubik : alasan tak mau tulis panjang-panjang sebenarnya..=.="




[ Read More ]

MAHASISWA is not equal to BUDAK-BUDAK

"Mahasiswa kena cepat MATANG, kena buat satu PENYATUAN!"Salah satu ucapan daripada speaker pertama yang mampu meninggalkan bekas positif kepada setiap peserta bengkel aku rasa. Maksudnya jelas. Clear!


Bengkel Malaysia Sejahtera : "Malaysia; Ke Arah Kematangan Bernegara 2011" anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) dan Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M) lebih memberi fokus kepada tajuk DEMOKRASI. Tentatif diisi dengan empat talk menarik daripada empat orang speaker yang sangat mahir dan matang.

Talk 1 : Malaysia; Ke Arah Kematangan Bernegara
Pembentang : Sdr Hisomuddin Bakar (Naib Pengerusi ILHAM Centre,Bekas Presiden Mahasiswa UM)

Talk 2 : Malaysia Pasca Merdeka; Ke Arah Masyarakat Demokratik Yg Matang
Pembentang : Prof Abu Hassan Hasbullah (Pengasas ZENTRUM Centre)

Talk 3 : Masyarakat Sivil & Politik Matang Malaysia
Pembentang : Yb Dato Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia)

Talk 4 : Perlembagaan Malaysia Selepas Tsunami Politik 2008
Pembentang : Prof Dr Aziz B Bari (Pakar Undang-undang Perlembagaan)

Cukuplah post kali ni aku hanya memberi fokus kepada peranan mahasiswa. Tak perlu ditekankan fokus utama bengkel iaitu demokrasi. Sekurang-kurangnya dapat memberi peringatan kepada aku dan seluruh mahasiswa yang lain-sebagai warning!

JalanTubik: Ecece..padahal tak reti nak habaq..

MAHASISWA is not equal to BUDAK-BUDAK

Tak dinafikan, keseluruhan bengkel berkisar mengenai demokrasi dan kematangan. Maka, kami ditimbulkan 1001 persoalan berkaitan demokrasi yang matang. Salah satunya, apakah peranan mahasiswa? Apakah yang mahasiswa boleh buat?

Jawapannya sangat mudah, "Kami bukan budak-budak lagi!" Simple.

Gigi kapak dua batang pun dah pakai contact lens~

Mahasiswa yang tergolong dalam kategori remaja perlu berfikir secara matang. Mahasiswa perlu bersatu. Sepuluh batalion yang mempunyai kesatuan yang utuh mampu mengalahkan seratus batalion yang hanya mempunyai kekuatan fizikal! Mereka perlu berfikiran jauh-think outside the box! Belajar daripada sirah. Ketika mana Usamah bin Zaid hanya belasan tahun, beliau sudah menawarkan diri menjadi tentera jihad muslimin ketika itu. Lihatlah masa depanmu, bentuklah ia!

♫♫Anak kecil main api...

Yok, kita bukan budak-budak!



[ Read More ]

#Poster : UMAIF 2011 | Grand Iftar

Get Your Coupon/s Now!
O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted. (Al-Hujurat;13)



[ Read More ]

Ramadan : Mencari "Substance", Mencapai "Objective"

"Nak pergi mana ni?"tanyaku kepada Farhan,sahabat lama-kenalan DQ Gen 11.

"Ade ceramah Ustaz Zaharuddin sekarang ni, LH A. Untuk staf CFS je, tapi aku nak join gk. Hehe."respon Farhan slumber.

Ramadan Bulan Keampunan



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.(Al-Baqarah;183)

Ustaz Zaharuddin menjelaskan, puasa ada kerangkanya yang tersendiri, terdiri daripada:
  1. Form (Tatacara fizikal. Contoh: menahan lapar,tidak bersetubuh dengan isteri)
  2. Substance (Inti puasa)
  3. Objective (Matlamat akhir puasa)

 Malangnya, beliau menegaskan bahawa,
| Kita terlalu mengambil masa yang banyak dalam memikirkan masalah "Form" sehingga melupakan isu "Substance".
JalanTubik: Dush!Kena kat batang hidung sendiri.

Beliau sinonimkan Keampunan sebagai Substance dan Taqwa sebagai Objective sepertimana firman Allah dalam ayat-Nya di atas. Masyarakat sekarang sangat berhati-hati dalam memikirkan masalah Form. Ada yang sanggup tak mandi sehingga tiba waktu berbuka-takut air masuk ke dalam mulut.

JalanTubik: Mujur berbuka di kampus, kalau berbuka di luar? Tak mandi sampai sudah terawih pa.

Sedar ataupun tak, isu Substance hanya akan dicari oleh sebahagian daripada kita pada hujung Ramadan. Kononnya nak mencari Lail Al-Qadr.
Rasulullah SAW bersabda : “Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah orang yang berkesempatan hidup bersama kedua-dua orang tua nya tetapi dia tidak boleh masuk ke syurga”. Aku menjawab : “Amin”. "Rugilah orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadan, tetapi tidak diampunkan dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. (HR. Ahmad)
Nah! Sungguh malang jika kita tergolong dalam golongan-golongan yang di'amin'kan Rasulullah S.A.W itu. Bicara mengenai golongan rugi yang ketiga, masing-masing akan berkata "isy2..a'uzubillahi min dzalik.." sambil menggeleng-gelengkan kepala. Siapa yang mahu dosanya tak diampunkan? Huh!

Ustaz Zaharuddin memberi satu solusi menarik dalam usaha kita mencari "substance" yang dimaksudknannya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
Setiap muslimin perlu sedar kewujudan pahala, dosa, syurga dan neraka.
Semua itu ialah booster buat kita -
motivasi dalam mencari "Substance", motivasi dalam mencapai "Objective"!



[ Read More ]

#Poster : Ahlan Wa Sahlan Ramadan | From MRC UMAIF





[ Read More ]

Jalan Tubik Itu


Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka,
sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya
satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya),
untuk menjadi hidayah, petunjuk dan rahmat,
bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
(Al-A'raf;52)

Jalan Tubik sentiasa ada-jika anda melihat Islam sebagai jawapannya.

nota: tubik=keluar


[ Read More ]

    Followers

    About Me

    My Photo
    afdata™
    Lahir daripada setitis air yang hina, juga keluarku dari saluran yang hina. Aku..engkau..KITA..sama!
    View my complete profile
    Powered By Blogger