Facebook
RSS

Susah Tapi Indah; Apakah Ia?

-
afdata™

#15 Zulhijjah 1432H

Hari ini, sudah 7 hari kita melewati 9 Zulhijjah; Hari Wukuf di Arafah. Di sana, manusia berstatus hamba berhimpun berebut-rebut memohon keampunan daripada Tuhan. Hari ini, hampir 48 jam kita melepasi Hari Tasyriq; hari umat manusia diharamkan berpuasa. Juga, sebagai hari terakhir untuk manusia melaksanakan ibadah korban-ibadah yang menguji keikhlasan dan pengorbanan sang hamba..

Tetapi hari ini, bukan bermakna ruh awal Zulhijjah akan hilang. Bukan bermakna erti ibadah wukuf tidak lagi perlu diselami. Bukan bermakna penghayatan ibadah korban akan luntur. Bahkan semua itu perlu terus mekar. Mekar dalam menghayati erti keikhlasan. Mekar dalam mengharumkan pengorbanan.

Malam Yang Sepuluh

Firman Allah s.w.t dalam ayat 2 Surah Al-Fajr:

وَلَيَالٍ عَشْرٍ 
“Demi malam yang sepuluh”(Al-Fajr;2)

Telah diketahui, jika Allah s.w.t bersumpah “Demi” ke atas sesuatu, maka sudah tentu perkara tersebut memberi nilai yang besar dan sangat signifikan kepada kita. Pasti! Maka dengan nyatanya sumpah Allah s.w.t ke atas sepuluh malam ini, kita beriman bahawa intipati sepuluh malam ini pasti tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t jika malam-malam itu kita saratkan dengan amal ibadah.

Mungkin timbul persoalan dalam kalangan kita, “Apakah yang dimaksudkan dengan malam yang sepuluh?”

Asy-Syahid Sayyid Qutb telah menghuraikan persoalan tersebut dalam Tafsir Fi Zilalil Quran berkenaan ayat 2 Surah Al-Fajr seperti berikut;
“Walaupun Al-Quran menyebut malam-malam yang sepuluh itu secara umum namun terdapat riwayat-riwayat yang menentukannya. Menurut satu riwayat yang dimaksudkan dengan malam-malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam dari bulan Zulhijjah, dan mengikut riwayat yang lain pula ialah sepuluh malam dari bulan Muharram dan dalam satu riwayat lagi ialah sepuluh malam dari bulan Ramadhan.”

Tapi, bukankah kita sudah meninggalkan 10 Zulhijjah? Perlu lagi ambil tahu tentang perkara-perkara ni? Persoalan baru pula muncul..

Istiqamah Itu Susah, Tapi Indah

Mari kita sama-sama teliti sambungan huraian Sayyid Qutb dalam penafsiran ayat tersebut. “Walaubagaimanapun, mengekalkan malam-malam yang sepuluh dalam pengertiannya yang umum itu lebih mendalam keberkesanannya dan lebih lunak ertinya, iaitu sepuluh malam yang berada dalam ilmu Allah, dan dipandang mulia di sisi-Nya. Ia menggambarkan bayangan malam-malam yang berperibadi istimewa seolah-olah malam-malam itu merupakan makhluk-makhluk hidup yang bernyawa yang saling bermesra dengan kita dalam pengungkapan Al-Quran yang lemah-lembut itu.”


Nah!

Segala konsep ibadah haji dan umrah yang mengajar kita erti ‘diri ini dimiliki bukan memiliki’ tidak harus dilupakan. Segala konsep ibadah wukuf yang mengajar kita supaya sentiasa memohon keampunan tidak boleh dihilangkan. Dan segala konsep ibadah korban yang mengajar kita ujian keikhlasan dan pengorbanan tidak patut ditinggalkan.

Maka, ini mengajar kita erti istiqamah(konsisten), walaupun amat sukar untuk diamalkan.
Namun, sematlah kata-kata ini dalam dadamu, "Istiqamah itu susah, tapi INDAH~"



Leave a Reply

    Followers

    About Me

    My Photo
    afdata™
    Lahir daripada setitis air yang hina, juga keluarku dari saluran yang hina. Aku..engkau..KITA..sama!
    View my complete profile
    Powered By Blogger