Facebook
RSS

Road To Ramadhan

PERSEDIAAN UMAT ISLAM MENJELANG RAMADHAN
Road To Ramadhan -jalantubik.blogspot

Realitinya, apabila sesuatu tempat atau sesuatu majlis bakal dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin, selebriti, artis terkenal atau orang kenamaan adalah menjadi kelaziman kita bertungkus lumus membuat perancangan dan persediaan rapi. Kita sedaya upaya mengelak daripada berlakunya kekurangan dan cacat cela semata-mata meraikan kehadirannya.   Mungkin kita alpa dan leka, kedatangan bulan Ramadhan adalah seperti bulan-bulan biasa, tidak diendahkan bahkan ada yang merasakan kedatangannya memeritkan kerana terpaksa menahan diri dari lapar dan dahaga.
Anehnya wahai manusia, belum bermula Ramadhan sudah berkira-kira untuk membuat persediaan menyambut Syawal. Langsir sudah ditempah, rumah mungkin sudah dicat baru, perabot diganti baru. Tidak ketinggalan mereka yang sudah berkira-kira menerima tempahan kuih raya. Media elektronik pula sibuk dengan persediaan drama syawal, dan rakaman lagu sempena hari raya.  Alangkah bertuahnya sekiranya  persiapan yang sebegini rapi kita  lakukan sempena menyambut ketibaan Ramadhan yang dinanti-nantikan.

Yang Bermaksud:  Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).( HR. Ahmad )
 Jika dihayati mafhum hadith, mana mungkin seseorang yang tinggi keimanannya tidak bergembira dengan  berita akan tibanya satu bulan  yang dibuka padanya seluruh pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka. Beginilah keadaanya Rasulullah dan para sahabat yang ternanti-nanti bahkan rindu dengan kehadiran Ramadhan sehingga Baginda Rasulullah SAW mula membuat persedian menyambut Ramadhan seawal bulan Syaaban.   Baginda Rasulullah SAW seorang yang sering malaksanakan ibadah puasa sunat dan baginda tidak dilihat memperbanyakkan ibadah puasa melainkan  pada bulan syaaban.

Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban”  (Hadith Riwayat Bukhori )
Hikmah perbuatan rasulullah yang memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban boleh dikiaskan kepada kita sebagai  suatu bentuk sesi  latihan untuk menghadapi sebulan berpuasa. Bayangkan dengan amalan puasa sunat yang jarang-jarang atau tidak pernah  kita lakukan, secara tiba-tiba kita terus berpuasa selama sebulan mungkin memberi kesan tahap kesempurnaan ibadah dan juga kesihatan tubuh badan.
Tentatif Universiti Ramadhan -jalantubik.blogspotIbn Rajab di dalam kitabnya Latoif al-Ma’a rif menyebut: Sesungguhnya puasa bulan Syaaban merupakan latihan sebelum berpuasa pada bulan Ramadhan ,agar apabila telah masuk Ramadhan seseorang itu tidak merasa beban dan kesukaran. Selain daripada itu ia akan menjadikan orang yang berpuasa pada bulan Syaaban dapat merasai nikmat dan kelazatan berpuasa seterusnya apabila masuknya Ramadhan berpuasa dalam keadaan kuat dan cergas.
Antara amalan yang boleh dimulakan seawal mungkin ialah  membaca al-Quran. Anas bin Malik sahabat Baginda SAW berkata: Apabila masuk bulan Syaaban, Umat Islam pada ketika itu menumpukan sepenuh perhatian membaca al-Quran. Berkata seorang ahli Salaf: Bulan Syaaban adalah bulan pembaca-pembaca al-Quran, Sesiapa yang istiqamah dan dapat memelihara amalan membaca al-Quran sebelum Ramadhan nescaya dia dapat memeliharanya sehingga bulan Ramadhan.
Pernah diceritakan, seorang muslim yang sudah lama meninggalkan bacaan al-Quran merasa terlalu berat dan malas untuk membaca walaupun baru membaca beberapa potong ayat.. Maka dia dinasihatkan agar terus-menerus membaca al-Quran. Apabila dia telah membaca sekitar 2/3 al-Quran, perasaan malas dan berat itu hilang sebaliknya dia semakin minat untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran.
Keadaan inilah yang biasa berlaku kepada mereka yang jarang dan lalai membacanya. Oleh yang demikian memperbanyakkan  membaca al-Quran di bulan Syaaban mampu menjernihkan hati sehingga hati dipenuhi dengan cahaya dan memudahkan jiwa untuk tunduk melaksanakan ibadah di dalam bulan Ramadhan.   Sebenarnya terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang ramadhan.
Antara yang lain ialah:
1) Persediaan ilmu agama. Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada. Dikhuatiri ibadah yang diharapkan  mendapat pahala sebaliknya tidak diterima malahan mendapat dosa.  Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama atau melayari internet. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.

2) Persediaan kesihatan.   Ibadah puasa melibatkan kesihatan tubuh badan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan solat sunat tarawih, qiamullail , membaca al –Quran, iktikaf dan sebagainya.   Penjagaan kesihatan ini termasuklah menjaga pemakanan yang seimbang, riadah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti tabiat merokok.

3) Persediaan  dari sudut kewangan.   Di antara amalan yang begitu mulia dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a:    
“Rasulullah saw ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari) Mereka yang jarang-jarang  bersedekah dikhuatiri tidak memanfaatkan peluang memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan. Sebagai persediaan, kita disarankan agar mula berjinak-jinak dengan amalan bersedekah. Mungkin ia boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil atau menderma di tabung-tabung masjid dan surau. Mudah-mudahan lama kelamaan sifit kikir dan bakhil itu dapat dibuang secara beransur-ansur. Bagi mendapat kelebihan  bulan Ramadhan , kita juga harus menangguhkan sedekah  pada bulan-bulan  lain semata-mata untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan dengan syarat ia bukanlah sedekah yang dihajati seperti orang fakir miskin yang memerlukan  dan orang dalam keadaan susah dan berhutang. 

 4) Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Di antara persiapan lain yang perlu ada ialah memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika diwar-warkan. Contoh mudah, bagaimanakah perasaan kita di saat diwar-warkan  sesuatu sambutan yang besar, seperti Piala Dunia Bola Sepak. Pada ketika itu seluruh saluran media hebat membuat promosi. Kesannya seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia ternanti-nanti dan merasai bahang temasya tersebut. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut  kemulian dan ganjarannya oleh media massa dan seluruh umat Islam.
10 Warming Up Menuju Ramadhan -jalantubik.blogspot

Oleh: Amru Alhaz bin Adnan | Portal Rasmi Masjid Negara

[ Read More ]

Kemboja 2012 : Rindu Itu Terusik



Rindu itu datang lagi,
Dalam sedu sepi..


Rindu itu datang tiba-tiba,
Dalam tawa hiba..


Rindu itu terusik,
Mengetuk kenangan..

[Afwan Daud | Petaling Jaya]



[ Read More ]

Aku Telah Jatuh Cinta?


Aku telah jatuh cinta?
Ahh..

Benar kalam seorang teman
“Cinta itu fitrah insan..”
“Cinta itu masa depan..”

Aku tak mampu melawan –sungguh!
Peribadi dirinya sangat memikat hati
          Miliki karakter terpuji
          Miliki akhlak yang tinggi

Aku telah jatuh cinta?
Ahh..

Aku percaya pada hati
Aku percaya pada diri
Dia memang layak untuk aku cintai
Sahsiah, perwatakan dan peribadi

Dedaun menjadi saksi
Gesaan abah kini realiti
Dari kecil rupanya sudah disemai cinta ini
Tinggal lagi untuk direalisasi

Aku telah jatuh cinta?
Ahh..

Baru kutahu
Kenapa dulu aku diajar adab sopan
Along, adik-adik dan aku
Semuanya kerana personaliti si dia!
          Miliki karakter terpuji
          Miliki akhlak yang tinggi

Diajar supaya mengikuti
Meniru supaya mencintai

Ku akui kini
“Cinta itu fitrah insan..”
“Cinta itu masa depan..”

Mencintai untuk dicintai
Menyayangi untuk disayangi

Pada kekasih hati
Kupohon doa pada Ilahi
Agar dikekalkan cinta ini

Aku telah jatuh cinta?
Ya!

Pada insan kekasih Allah
Pada insan bernama “Muhammad Bin Abdullah”

~Allahumma Solli ‘Ala Nabiyyina Muhammad~
MAULIDUR RASUL 1433H



[ Read More ]

#Poster : Forum | Bringing You 3 GENERATIONS of IIUM


لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

(None of you truly believes until he LOVES FOR HIS BROTHER what he loves for himself.)
[ Sahîh al-Bukhârî and Sahîh Muslim ]


Forum Title : The Great Journey of Love
Date : 9th February 2012
Day : Thursday
Venue : AMF Hall, CFS IIUM
Time : 8.30pm
(Seats are limited. You are advised to come early.)

  • Panel 1 : Ustaz Muhammad Syaari Ab. Rahman (Competent Trainer)
  • Panel 2 : Ustazah Wan Suhaili Wan Mohd Yusof (Finalist Diari Solehah : TV Al-Hijrah) 
  • Moderator : Bro. Nurkhamimi Zainuddin (QLD Lecturer)

*Climax of the glorious night is
THE OFFICIAL LAUNCHING OF MUHIBBAH TEAM
(Muhibbah Team '12 : Amar Ma'ruf Nahi Munkar)


Click to enlarge




[ Read More ]

Muhibbah Team '12 : Amar Ma'ruf Nahi Munkar

Click to enlarge

Jom sertai kami!
Jangan lepaskan peluang ini..
Daftarkan nama anda sebagai salah seorang ahli MUHIBBAH TEAM sekarang!

Adakah anda masih tertanya-tanya..
Apakah Muhibbah Team? Siapakah yang layak mendaftarkan diri?

Secara ringkasnya, MUHIBBAH TEAM ialah:
  1. Sebuah organisasi yang munazhamah(tersusun) di bawah Biro Disiplin Mahallah Representative Committee(MRC) Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya.
  2. Matlamatnya adalah berdasarkan Surah Al-Imran ayat 104; ‘Amar Ma’ruf Nahi Munkar’(mengajak kepada kebaikan,membenci kemungkaran).
  3. Mempunyai jadual pergerakan yang lancar tetapi fleksibel.
  4. Dibahagikan kepada beberapa group kecil –masing-masing diketuai oleh seorang fellow dan juga terdapat seorang wakil MRC.
  5. Merekalah orang-orang yang BERJAYA. (Rujuk Surah Al-Imran ayat 104)
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
 وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ 
"Dan hendaklah ada satu golongan di kalangan kamu yang menyeru kepada kebaikan,
menyuruh berbuat makruf (kebaikan) dan melarang perbuatan mungkar (kejahatan).
Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan (kemenangan)."
(Al-Imran : 104)


Anda berminat?
Masih tertanya-tanya apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menyertai MUHIBBAH TEAM? Adakah anda layak?

Anda TIDAK LAYAK untuk mendaftar sebagai ahli MUHIBBAH TEAM jika:
  1. Anda yakin anda sudah cukup bekalan pahala untuk dibawa ke syurga kelak.
  2. Anda mahu kawan-kawan anda masuk neraka lantaran banyak balasan dosa yang diterima akibat terjebak dalam kancah maksiat.
  3. Anda berasa sangat selesa dengan segala bentuk kemungkaran dan maksiat yang berlaku di kawasan sekeliling anda.
  4. Anda mahu bala dan azab Allah Maha Kuasa menimpa anda, sahabat-sahabat anda, rakan sebilik anda, kawan sekuliah anda, dan mereka-mereka yang anda sayangi yang turut berada satu kawasan dengan anda.

(Na’uzubillahi min dzaalik..)

Kredit kepada Iddin & Abd Rahman

Baiklah..mari kita kaji ciri-ciri kita..
Anda tergolong dalam golongan yang mana satu?

Golongan pertama?
TIIDAAKK!!
Mengapa tidak?
Anda rasa anda masih belum bersedia ke alam seterusnya kerana belum cukup amal soleh yang akan dibawa sebagai bekalan ke akhirat nanti? Lebih banyak kejahatan berbanding kebaikan? Lebih banyak dosa berbanding pahala? Anda mahu berusaha sebaik mungkin untuk mempertingkatkan amal soleh dalam mencari bekalan pahala ke akhirat kelak? Okay..

Jika bukan golongan pertama, mungkin golongan kedua. Betul?
TIIDAAKK!!
Anda sayang kawan-kawan anda?
Cuba bayang wajah kawan-kawan anda yang banyak membantu anda selama ini..Kawan-kawan lah yang sanggup menjadi teman setia kita. Kawan-kawan lah yang menitiskan air mata kerana kesusahan kita. Bahkan, kawan-kawanlah yang sanggup ketawa demi lawak kita!
Anda tak sanggup melihat mereka terlibat dalam kemungkaran/kejahatan? Jadi, anda betul-betul sayang kawan-kawan anda? Okay..

Golongan pertama bukan, golongan kedua pun bukan. Jadi, anda golongan yang mana?
Saya teka anda golongan ketiga. Anda selesa dengan maksiat. Anda senang dengan kemungkaran. Betul tekaan saya?
TIIDAAKK!!
Juga tidak?
Anda bukan seorang yang gembira/happy/senang hati apabila melihat maksiat? Anda berusaha untuk ‘merubah’ kejahatan yang anda lihat? Walaupun hanya dengan selemah-lemah iman, anda tetap benci akan kemungkaran dengan hati anda, kan? Anda juga berusaha untuk merubahnya dengan tangan mahupun lidah. Betul? Nampaknya, anda memang tak suka maksiat berlaku di hadapan anda, juga di kawasan study anda. Okay..

Tinggal golongan terakhir dalam ‘senarai-tidak-layak’; golongan keempat –golongan yang menanti-nantikan azab daripada Allah Azza Wa Jalla. Kali ini, saya rasa saya tak salah lagi.
TIIDAAKK!!
???
Golongan terakhir pun bukan? Anda bukan daripada golongan yang tak kisah dengan ancaman dan seksa daripada Tuhan? Tekaan saya silap lagi? Ahh!
Anda takut dengan azab yang sangat hebat daripada Allah Maha Kuasa? Anda gentar dengan ancaman yang sangat menggerunkan daripada Tuhan Yang Memiliki Langit dan Bumi? Anda ‘kecut perut’ dengan bala yang sangat dahsyat daripada Tuhan Yang Maha Menciptakan? Anda juga tak mahu sahabat-sahabat anda, rakan sebilik anda, kawan sekuliah anda, dan mereka-mereka yang anda sayangi yang turut berada satu kawasan dengan anda ditimpa azab dan bala daripada Allah kerana berlakunya maksiat/kemungkaran di persekitaran anda? Betul tak mahu? Okay..


Nampaknya, anda telah menidakkan semua ciri-ciri di atas. Anda sendiri mengaku anda bukan daripada golongan-golongan tersebut.

Alhamdulillah.

Jadi, tunggu apa lagi?
Anda patut/perlu/mesti mendaftarkan diri sebagai ahli MUHIBBAH TEAM sekarang!

Inilah masanya untuk terlibat dalam dakwah! Inilah masanya untuk menunjukkan bahawa anda benci kepada maksiat, dan sayang kepada mad’u!

Sertai rakan-rakan anda yang lain sekarang juga!




Bagaimanakah cara-cara mendaftar?

Mudah. Anda boleh pilih mana-mana cara yang anda suka.

Cara pertama:
Hubungi mana-mana ahli Mahallah Representative Committee (MRC) UMAFZ atau MRC mahallah masing-masing melalui telefon bimbit anda. Kami menerima pendaftaran melalui telefon dan juga sistem pesanan ringkas(sms).
p/s: Anda boleh rujuk nombor telefon MRC UMAFZ pada papan kenyataan di setiap mahallah. (Nombor telefon tidak dapat disiarkan di blog ini atas beberapa faktor. Harap maaf.)

Cara ke-2:
Hantar nama penuh dan nombor matrik anda di page Facebook kami (Mahallah Umaif)

Cara ke-3:
Hantar mesej nama penuh dan nombor telefon anda ke private message di Facebook saya ATAU hanya hantar nama penuh dan nombor matrik anda di wall Facebook saya. Klik sini.

Cara ke-4:
Taip nama penuh dan nombor matrik anda di widget Facebook di bawah(dalam blog ni) ATAU hantar nama penuh dan nombor matrik di ruangan komen blog jalantubik ini.

Semoga Allah memberkati usaha anda semua. InsyaAllah.



p/s: Pendaftaran hanya dibuka kepada siswa lelaki(brothers) di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya sahaja. [Buat masa ini..]
Maklumat tambahan akan disampaikan dari semasa ke semasa.

Jazakumullahu khairan kathira. Wassalam.

MOHAMMAD AFWAN BIN MOHD DAUD
Timbalan Pengerusi,
Mahallah Representative Committee(MRC) UMAFZ,
2011/2012,
Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya



[ Read More ]

Local Community Service 1.0




Click to enlarge


وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ
 إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

"And cooperate in righteousness and piety,
but do not cooperate in sin and aggression.
And fear Allah ; indeed, Allah is severe in penalty."
(Al-Maidah:2)




afdata™ to committee: maaf tak dapat edit semua gambar..aasiiif jiddan2..:D


[ Read More ]

Mental Note


Dear my value friends,

I know it’s been such a long time since I’ve updated this blog due to personal reasons and I am so sorry for that, but nevertheless I’ve been working on some better things! InsyaAllah. May Allah bless all of us. Ameen.

afdata™
6th Feb 2012 | CFS IIUM


[ Read More ]

    Followers

    About Me

    My Photo
    afdata™
    Lahir daripada setitis air yang hina, juga keluarku dari saluran yang hina. Aku..engkau..KITA..sama!
    View my complete profile
    Powered By Blogger